Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HIMPUNAN PETUA ORANG DULU-DULU

KAYAP

Kayap adalah sejenis penyakit yang amat menyeksakan.  Ianya pedih dan panas.  Anak saya yang ke3 pernah kena pada usia 3 tahun.  Pada mulanya ingatkan campak tapi kata jiran ianya kayap.  Terkena pada tepi leher sampai ke bahagian dada.  Jiran menyarankan saya berjumpa seorang perubatan Islam di Cheras, Kuala Lumpur.  Rumahnya dalam kawasan masjid di Perumahan Awam Sri Johor.  Beliau memberi air penawar dan membaca 'something' dan menghembus di bahagian kayap tersebut. 3 hari dengan izin Allah, sembuh. Sesiapa yang kena kayap ni tak boleh makan ayam dan makanan yang boleh dimakan hanya rebus sahaja. Bila tengok post di Instagram Chef Wan, banyak sungguh petua yang disarankan oleh followers beliau untuk DCW.  Antara petua adalah: Petua 1: Ambil 10 hingga 12 tangkai pucuk delima dan ditumbuk menggunakan lesung batu (bukan dengan mesin pengisar) hingga lumat.  Ambil sesudu besar bedak sejuk, campurkan ke dalam bancuhan pucuk delima....

BAYI MENANGIS MALAM

Bagi mengatasi masalah bayi yang sering menangis waktu malam, ambil lada hitam sebanyak 20 biji kemudian dibungkus dengan kain putih dan letak dibawah bantal atau ikat pada tangan bayi ketika hendak tidur.  Insya-Allah, bayi tersebut tidak akan menangis malam lagi. Petua ini diguna pakai oleh saya semasa anak bongsu saya masih bayi.  Ketika itu setiap hari nak masuk maghrib sahaja, beliau akan menangis.  Tangisannya seolah-olah seperti kena cubit dek orang.  Sekarang beliau sudah berusia 17 tahun.  Petua ini diberi oleh arwah datuk saya.

ALERGI

Petua 1 Alergi adalah sesuatu yang terjadi disebabkan makanan atau bahan-bahan yang digunakan untuk tubuh badan kita tidak sesuai. Kemungkinan kerana makanan laut, krim atau bedak yang akan membawa perubahan pada kulit. Wajah akan menjadi bengkak atau ditumbuhi biji-biji kecil atau pun kulit menjadi kemerah-merahan. Carilah sedikit lengkuas, asam jawa dan ibu kunyit. Tumbuk bahan-bahan tersebut hingga halus (jangan ditambahankan air). Sapukan pada bahagian yang mengalami masalah. Ulang hingga sembuh. Petua 2 Kulit yang alergi pada perubahan udara boleh dirawat dengan menggunakan bedak sejuk.  Sapukan bedak sejuk pada bahagian yang alergi itu.  Petua 3 Adakalanya ikan laut boleh menyebabkan gatal.  Sebelum menggoreng ikan tersebut, peramkan dengan parutan lobak merah.  Kemudian barulah digoreng.  Insya-Allah kulit anda tidak akan gatal.

AIR LIUR MELELEH

Ambil tangkai labu yang dekat dengan buah iaitu bahagian pangkalnya. Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen. Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudian dicucuk dengan benang hitam. Masukkan ke leher kanak-kanak itu dijadikan sebagai rantai leher. Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau 2 minggu.