ALERGI

Petua 1

Alergi adalah sesuatu yang terjadi disebabkan makanan atau bahan-bahan yang digunakan untuk tubuh badan kita tidak sesuai. Kemungkinan kerana makanan laut, krim atau bedak yang akan membawa perubahan pada kulit. Wajah akan menjadi bengkak atau ditumbuhi biji-biji kecil atau pun kulit menjadi kemerah-merahan. Carilah sedikit lengkuas, asam jawa dan ibu kunyit. Tumbuk bahan-bahan tersebut hingga halus (jangan ditambahankan air). Sapukan pada bahagian yang mengalami masalah. Ulang hingga sembuh.

Petua 2

Kulit yang alergi pada perubahan udara boleh dirawat dengan menggunakan bedak sejuk.  Sapukan bedak sejuk pada bahagian yang alergi itu. 

Petua 3

Adakalanya ikan laut boleh menyebabkan gatal.  Sebelum menggoreng ikan tersebut, peramkan dengan parutan lobak merah.  Kemudian barulah digoreng.  Insya-Allah kulit anda tidak akan gatal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAYI MENANGIS MALAM

AIR LIUR MELELEH

PERSEDIAAN UNTUK PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019