KAYAP

Kayap adalah sejenis penyakit yang amat menyeksakan.  Ianya pedih dan panas.  Anak saya yang ke3 pernah kena pada usia 3 tahun.  Pada mulanya ingatkan campak tapi kata jiran ianya kayap.  Terkena pada tepi leher sampai ke bahagian dada.  Jiran menyarankan saya berjumpa seorang perubatan Islam di Cheras, Kuala Lumpur.  Rumahnya dalam kawasan masjid di Perumahan Awam Sri Johor.  Beliau memberi air penawar dan membaca 'something' dan menghembus di bahagian kayap tersebut. 3 hari dengan izin Allah, sembuh.

Sesiapa yang kena kayap ni tak boleh makan ayam dan makanan yang boleh dimakan hanya rebus sahaja.

Bila tengok post di Instagram Chef Wan, banyak sungguh petua yang disarankan oleh followers beliau untuk DCW.  Antara petua adalah:

Petua 1:

Ambil 10 hingga 12 tangkai pucuk delima dan ditumbuk menggunakan lesung batu (bukan dengan mesin pengisar) hingga lumat.  Ambil sesudu besar bedak sejuk, campurkan ke dalam bancuhan pucuk delima.  Sapukan perlahan-lahan pada semua bahagian kayap yang terlibat.  Insya-Allah 4 atau 5 hari kayap akan beransur sembuh.

Petua 2:

Petua ini bila secara logik, tidak masuk akal. Tetapi inilah petua yang disarankan kepada DCW dan ramai mengatakan petua ini menjadi iaitu cari orang janda berkahwin dengan bujang atau duda berkahwin anak dara. Janda atau duda tersebut  tersebut kena la kunyah sirih dan kapur serta selawat dan sembur di bahagian kayap tersebut sebanyak 3 kali.  Insyallah.

Petua 3:

Ambil minyak kelapa dara dan dimasak dengan kunyit hidup.  Apabila sejuk, sapu pada kayap tersebut.

Petua 4:

Ambil tanah liat, telur ayam kampung dan santan.  Gaul semua dan sapu pada bahagian kayap yang terlibat.

Petua 5:

Jagung mentah yang diparut dan campur dengan kelapa parut.  Selepas tu baca doa AUZU... BIIZZATILLAH...WAKUDRATIHI...MINSHARIMAAJIDU sebanyak 7 kali.  Sapu campuran jagung tadi ke tempat kayap dan laut dengan bandage.  Pesakit kena baca doa tersebut juga.  Kata followers DCW 4 hari dah boleh baik.

Tak salah kita mencuba antara petua-petua ini janji baik.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAYI MENANGIS MALAM

AIR LIUR MELELEH

PERSEDIAAN UNTUK PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019